Perniagaan di internet

Langkah Pertama : Merancang Perniagaan.

Pernahkah anda mendengar kata-kata seperti di bawah ini:

“Jika anda gagal untuk merancang, maka anda merancang untuk gagal”
Di dalam membina perniagaan samada internet ataupun bukan internet, anda ‘wajib’ mempunyai perancangan. Ada yang menganggap sebaliknya, “alah, tak payahlah nak skema sangat sampai nak buat perancangan, bukannya nak bisnes buat bangunan pun, nak buat part time je bisnes online ni”

Saya pasti, anda juga pernah terdetik di hati macam tu kan? Tapi harus diingatkan, ramai orang gagal dalam perniagaan internet kerana gagal untuk merancang dengan baik.

Disebabkan itu, mereka terkandas di pertengahan usaha membina perniagaan, Kenapa agak-agak anda? Satu jawapan yang saya pasti yang dapat menjawab persoalan tersebut, iaitu :


HANYA MENGEJAR KEUNTUNGAN SEMATA-MATA

Sedangkan, perniagaan memerlukan strategi pemasaran, penjagaan kualiti produk, hubungan dengan pembeli dan banyak lagi. Ini adalah sebahagiannya sahaja. Saya senaraikan antara faktor kegagalan sesebuah perniagaan di bawah ini :

a – Kaedah pemasaran yang tidak berkesan
b – Pengurusan kewangan yang teruk
c – Kedekut untuk melabur bagi menambah ilmu perniagaan internet
d – Perkhidmatan yang diberikan semasa atau selepas produk dijual amat teruk
e – Hanya mengejar keuntungan semata-mata/tamak
f – Terburu-buru membina perniagaan
g – Perancangan yang tidak lengkap/tiada perancangan langsung

Kepentingan Merancang Perniagaan

Secara ringkasnya, apabila anda merancang perniagaan anda, anda akan lebih jelas melihat hala tuju perniagaan anda. Kemana anda akan berada dalam masa 2-3 tahun akan datang. Ini akan membuatkan anda mempunyai pelan tindakan atau langkah-langkah yang perlu diambil untuk merealisasikannya.

Juga perlu juga anda ketahui, dengan merancang perniagaan anda, anda akan mengetahui jumlah pelaburan yang telah anda keluarkan dari permulaan hingga akhir sesuatu produk tersebut.


Teknik Merancang Perniagaan Internet Anda

Terdapat beberapa teknik yang perlu anda lakukan sebelum memulakan perniagaan internet anda. Berikut adalah teknik-tekniknya :

a – Kajian Pasaran(permintaan)
b – Mengenalpasti pesaing dan cara menghadapinya
c – Kaedah Pemasaran
d – Matlamat Perniagaan Anda
e – Pengurusan Operasi
f – Pengurusan Kewangan



A) Kajian Pasaran(permintaan)

Sebelum menghasilkan sesuatu produk/perkhidmatan, terlebih dahulu anda perlu melakukan sedikit kajian pasaran atau bahasa mudahnya, golongan pembeli bagi produk anda. Kajian ini adalah untuk mengetahui apa yang mereka mahukan.

Golongan ini mungkin mahukan sesuatu yang dapat memenuhi kehendak ataupun menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Terkini, produk berbentuk informasi(maklumat) adalah produk yang paling mendapat permintaan. Pelbagai jenis produk informasi dihasilkan. Ianya dihasilkan berdasarkan kajian tadi.

Sebagai contoh, mereka pernah mendengar kejayaan beberapa orang menjual barangan di Ebay, maka mereka akan mencari maklumat mengenai Ebay. Bagaimana nak bermula dan sebagainya. Jadi, produk informasi menjadi pilihan mereka ini.

Namun begitu, anda masih boleh menjual produk berbentuk barangan lain tetapi ia mestilah sesuai dengan perniagaan internet dan mempunyai permintaan terhadapnya.


B) Mengenalpasti pesaing dan cara menghadapinya

Saya anggarkan anda sudah memiliki produk sendiri. Anda belum lagi mengetahui persaingan produk tersebut. Jadi, persoalannya, bagaimanakah cara untuk anda mengenalpasti pesaing anda? Mudah sahaja, teliti produk yang ditawarkan oleh pesaing anda.

Buat bandingan antara produk anda dan produk pesaing tersebut. Baiki kelemahan yang ada hasil penelitian anda itu. Tambahkan apa yang patut agar produk anda lebih mengancam daripada produk mereka


C) Kaedah Pemasaran

Pemasaran adalah kunci utama dalam menentukan perniagaan anda berjaya atau tidak, untung atau rugi. Gunakan segala bentuk pemasaran yang anda rasa mampu menaikkan jualan bagi produk anda. Boleh menggunakan kaedah offline dan online dan ianya bergantung kepada kemampuan kewangan anda. Ingat, tanpa pengiklanan, produk anda tidak akan dibeli oleh sesiapa pun.

Nota : Pada artikel akan datang, saya akan jelaskan kaedah pemasaran yang berkesan


D) Matlamat Perniagaan Anda

Seperti yang saya jelaskan pada awal artikel ini, dengan menetapkan matlamat, perniagaan akan lebih jelas sasarannya.

Tetapkan matlamat untuk jangka masa tertentu. Seperti saya, saya tetapkan hujung tahun ini, saya akan mencapai income sebanyak RM5k. Setiap bulan saya perlu mendapatkan RM417 untuk mencapai sasaran tersebut. Adakah saya berjaya? Nantikan penghujung tahun ini, saya akan ulas

Dalam menetapkan matlamat, anda perlulah menetapkan matlamat yang rasional dan sesuai dengan kemampuan dan perniagaan anda. Anda akan berputus asa sekiranya matlamat yang anda tetapkan itu tidak berjaya oleh kerana matlamat yang mustahil anda tetapkan.


E) Pengurusan Operasi

Pengurusan operasi yang dimaksudkan ialah cara bagaimana anda dapat menguruskan perniagaan internet dengan baik dan sistematik.

Ianya bermula dengan proses menghasilkan produk sehinggalah produk tersebut dijual. Malah, ianya tidak berhenti disini sahaja, anda perlu memikirkan perkhidmatan yang sesuai perlu ditawarkan selepas produk tersebut sampai ke tangan pembeli.


F) Pengurusan Kewangan

Apa yang perlu anda buat adalah membuat sedikit analisis/kajian bagaimana perniagaan anda ini dibiayai. Apa sahaja perniagaan memerlukan modal. Bezanya, adakah modal tersebut besar ataupun kecil. Perniagaan internet tidaklah memerlukan modal yang besar. Di anggarkan dalam linkungan RM500 sahaja untuk memulakan perniagaan internet ini.

Anda mesti mahir menguruskan kewangan milik perniagaan anda dengan cekap kerana sebahagian besar jualan memerlukan pelaburan semula untuk aktiviti pemasaran.

Juga digalakkan menyediakan aliran tunai pendapatan dan perbelanjaan supaya anda dapat melihat dengan jelas akiviti perniagaan yang sedang anda usahakan.


Kesimpulan Artikel Pertama


Apa yang saya nyatakan di atas ini adalah antara aspek terpenting dalam pembinaan perniagaan internet anda. Sekiranya anda dapat menghasilkan kertas kerja, ianya lagi bagus. Sekiranya tidak mampu, boleh sahaja catitkan didalam buku nota anda seperti yang saya lakukan. Untuk projek bersama usahawan lain, barulah saya hasilkan kertas kerja.

Dengan adanya pelan-pelan ini, anda akan lebih jelas dan setiap apa yang anda ingin lakukan lebih tersusun dan seterusnya dapat membina perniagaan yang cemerlang dan berjaya.

Artikel dari  http://mazlienadzri.com/

1 Comentário:

Usahawan Muda said...

S – Specific

M – Measureable

A – Achieveable

R – Real-Time

T – Time Bound

Saya ambil contoh beberapa pertanyaan dari rakan;

Man, saya nak jadi usahawan internet berjaya. Betul ke matlamat saya ni? – Azlizan, Bangi

Dir, aku dah try set jadi IM ni, tp macam blur2 je lagi – Fadzli, UNITEN

Bisnes ebook banyak-banyak, ok x? – Aminuddin, Putrajaya

Jawapan saya cuma satu, BETUL. Tapi ade yang tak kena.

Kita cuba bandingkan pertanyaaan 1 dengan kaedah SMART. Matlamat yang sama, tp kita dekati dengan percubaan SMART.

1. Usahawan Internet Berjaya.

* Specific – usahawan internet apa? bisnes bola atau bisnes padang bola online? berjaya, apa ukuran kejayaan tu? dapat duit? dapat kepuasan? atau dapat penat? :) . Matlamat mestilah khusus seperti Usahawan Internet Jual Kerepek Online Yang Dapat RM12,000.00.
* Measureable – boleh diukur. Macamana nak ukur? Setiap apa yang kita buat mesti boleh kita ukur. Apa yang nak diukur terpulang kepada kita. Biasanya kita akan ukur kejayaan melalui pendapatan. Adakah pendapatan itu boleh dikira atau sesuatu yang tidak boleh dikira, bukan bermakna nilainya terlalu besar, tapi kerana tiada satu kaedah boleh digunakan untuk mengukur pendapatan itu. Sedangkan nilai infiniti pun boleh diukur. ;)
* Achieveable – Boleh dicapai. Kalau ikutkan logik positif pemikiran yang tidak terbatas, maka semua benda boleh dicapai. Tapi, atas dasar kemanusiaan dan sifat tabii kejadian manusia yang sentiasa alpa, maka bukan semua perkara boleh dicapai. Sebagai contoh, untuk menjadi usahawan internet berjaya yang pertama memang boleh dicapai. Tapi, anda bukan yang pertama, kerana ada orang yang telah menjadi pertama. Bermakna anda tidak lagi boleh menjadi usahawan internet berjaya yang pertama. Hanya menjadi usahawan internet yang berjaya sahaja. Ukur baju di badan sendiri, lihat kemampuan anda, jangan paksa diri nanti diri sendiri merana.
* Real-Time – Wujud. Matlamat itu, sesuatu yang wujud baik dari segi fizikal atau perasaan. Adalah menjadi satu kemutahilan mensasarkan matlamat kepada benda/perkara yang tidak pernah wujud atau yang tidak akan wujud.
* Time bound – Ada jangkamasa. Sasaran itu mesti mempunyai jangkamasa. Bila? sekejap lagi? sekarang? seminit lagi? sejam lagi? sehari lagi? seminggu lagi? sebulan lagi? setahun lagi? 10 tahun lagi? 1 abad lagi? bila…bila..bila….? Perkataan ‘akan jadi nanti’ bagi saya sudah tidak relevan lagi. Melainkan itu hanya sekadar ucapan mulut yang bukan dari hati. Sedangkan hati kita berkata ‘nanti itu ialah sekarang’.

Sebagai kesimpulan, lihat bagaimana satu set matlamat lengkap menggunakan kaedah SMART berfungsi dalam mewujudkan sasaran dalam perniagaan. – Lihat kembali pertanyaan 1.

Asal : Saya nak jadi usahawan internet yang berjaya.

SMART : Saya nak jadi usahawan internet perkhidmatan menghantar makanan bermasak (specific, real-time) dengan pendapatan tetap setiap bulan sebanyak RM2000.00 (meacureable) menjelang bulan 11 tahun 2010 (achieveable, time bound).

Cuba bandingkan pernyataan visi sebuah syarikat GLC ini. Syarikat yang sama, fungsi yang sama, tapi pengurusan yang berubah. Lihat mana lagi mudah difahami sekaligus senang untuk dicapai? – tempat kerja lama saya nie..ehehehehe…

Visi Lama : Menjadi penyedia perkhidmatan utama dunia dalam industri komunikasi fizikal dan logistik bersepadu pada tahun 2010.

atau

Visi Baru : Your Trusted Partner.

Post a Comment

Home Business ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO